Monday, October 17, 2016

Pengalaman temuduga separa perubatan (Juru Xray)

Assalamualaikum readers.

Hari ini 18 Oktober 2016, 6 hari yang lalu saya menghadiri temuduga separa perubatan Juru X-Ray U29 di Pusat Temuduga SPA Sibu, Sarawak.

Sebelum cerita pasal interview, saya ditawarkan jawatan Pembantu Pegawai Perubatan (ma) dan Juru Xray (jxr). Jadi, saya pilih jxr sebab saya tidak begitu meminati bidang kerja ma.

Preparation untuk interview, saya hafal beberapa perkara penting:
- nama menteri2 penting dalam KKM
- logo, motto KKM
- maklumat2 penting psl jxr: tugas, pakaian jxr, waktu bekerja, tempat latihan, gaji, elaun, macam mana nak naik gred, nama2 tulang manusia, alat2 xray, sikap yg perlu ada dlm diri jxr, definisi radiasi & xray, dan lain2 lagi yg ada kaitan dgn jxr.

Selain buat preparation sendiri, saya juga merujuk bagaimana cara kerja jxr lebih mendalam dengan bertanya kpd pekerja jxr sendiri. Saya dapatkan maklumat yg banyak dari akak xray ni dan beliau sgt2 membantu. Sebab apa saya ambil inisiatif nak tanya pekerja bidang xray ini, saya nak faham betul2 bagaimana jxr ini bertugas. Biar semua psl jxr ni cair dlm otak saya. Saya tidak mahu menghafal maklumat yg saya belajar tapi saya nak faham betul2.

Baiklah.
(Pada hari interview)

Dalam email cakap pukul 10 start interview tapi saya datang awal sebab kebiasaannya pukul 8 dah start dah interview. Sebab ini sudah kali ketiga saya interview hahahaha!
Sampai sahaja di tempat interview sy terus daftar dan dpt giliran yg ke-8. Lama jugak tunggu pastu sambil tunggu baca balik apa yg saya belajar. Kalau boleh datang la awal2 spya dpt giliran skrg2nya 5 orang terawal sbb lama2 tunggu ni jadikan kita makin nerves, serious cakap.

Tingtong! Dah sampai giliran saya. Masuk, ketuk pintu, bagi salam, tengok interviewer  dua2 perempuan, sorang Islam dan sorang Cina kot kalu tak salah.
Bagi fail, diorang suruh duduk (duduk sopan sambil tunjukkan muka senyum mesra)

Interviewer1: apa khabar? Sihat harini? Dah makan?

Saya: alhamdulillah sihat puan. Dah sarapan dah pagi tadi sebelum sampai sini.

Interviewer1: baiklah, sebelum itu, kamu tahu tak yang tawaran utk jawatan jxr tiada buat masa ini. Memandangkan kamu jadikan ma sbgai 2nd choice, kami akan interview anda psl ma. Kamu tak kisah ke?

Saya: dalam hati cakap *ya Allah biar betul takde.so,apa gunanya saya dtg interview hrini?knpe diorang tawarkan jgk jawatan ni dlm email.apa aku nk jawap lpsni.masa ni,rasa nak nangis dan blik rumah terus.tapi cekalkan hati,tapi dalam hati takde konfiden dah.takde mood tpi buat2 ade mood.lemah semangat sgt dh masa tu. So saya jawab "yeke puan? Saya minta maaf sebab saya langsung tak tahu psl benda tu. Klu puan mak tanya psl ma, saya akan yakin dan usaha utk jawab.

Interviewer1: perkenalkan diri.
okay, kenapa awak lebih memilih jxr berbanding ma?

Interviewer1: sperti yg awak tahu,jadi ma ni bukan senang,macam mana awak nak handle pesakit yg banyak kerenah?sikap apa yg perlu ada?

Interviewer2: *tak ingat apa yg dia tanya.dia bgi 2 soalan.

Interviewer1: baiklah saya rasa itu saja kot. Awak boleh ambil fail dan terima kasih.

Tak lame kot saya dlm bilik tu, tak smpai stgh jam. Jadi, tipu kalau tak cakap kecewa sgt2. Tak expect pun benda ni akan jadi. Balik rumah dengan rasa kecewa. So, tu je la nak cerita.
Sudahlah kecewa dgn interview pagi tadi, petang tu dpt email interview kedua bulan lepas (Pembantu Pembedahan Pergigian), "Dukacita dimaklumkan anda tidak berjaya"
Sedih la wei hahaha tapi tak pernah pun putus asa. Mungkin ada hikmah sebab apa Allah tak bagi kita lulus. Kita tak tahu dengan izin Allah, tahun 2017 akan datang kita lulus interview. Allah nak tengok kita usaha lebih dan lebih. Preparation kena mula awal dari sekarang, listkan kekurangan yg kita buat dlm interview lepas2, praktis dan praktis.

Kdg2 ada yg gagal temuduga ni akan cakap "eh diorang lulus guna kabel (orang dalam)".. Saya tak percaya sgt psl kabel ni sbb saya tahu rezeki tu mmg Allah yg bagi. Allah ni bukan miskin. Dia nak bagi Dia akan bagi. Takdak yg besar di sisi Allah melainkan Allah sendiri yg besar. Saya juga yakin anggota penjawat awam ni ada cara mereka sendiri menilai kita masa interview. Kita kena develop something dlm diri kita for preparation next interview. Doakan saya..




4 comments:

  1. aik, ape tu ma?

    bukan ke juru xray tu sebahagian drpd ma(medical assistant)?

    btw saya baru dpat panggilan temuduga ni.. 2017

    ReplyDelete
  2. "ma sbgai 2nd choice" apa maksudnya ni? jawatan apa ye?

    ReplyDelete
  3. Casinos Near Me in NJ - Casino Finder - JSH Hub
    › casinos-near-me › casinos-near-me Casinos 용인 출장마사지 Near Me in NJ. Casinos 상주 출장마사지 nearby Me · Top 10 Tribes in CT · Casino at 목포 출장샵 Harrah's · Top 10 Tribes in New 당진 출장마사지 Jersey · Top 포천 출장마사지 10 Tribes in Pennsylvania · Top 10 Tribes in

    ReplyDelete
  4. Best eCOGRA Sportsbook Review & Welcome Bonus 2021 - CA
    Looking for an eCOGRA Sportsbook Bonus? At this nba매니아 eCOGRA ventureberg.com/ Sportsbook review, we're talking about a poormansguidetocasinogambling.com variety of ECCOGRA https://deccasino.com/review/merit-casino/ sportsbook jancasino.com promotions.

    ReplyDelete